Wednesday, May 14, 2014

#2

Walaweh. Apa ni?! Indah khabar dari rupa. Punya lah bayang sekolah ni ada flyover bagai. Cettt. Rasa macam dah masuk zaman penjajahan Perancis ada lah.

Kereta semua dah bersusun memarkir di segenap tempat yang wujud di bumi Tun Teja tu. Jam dah tunjuk pukul 12 tepat. Dengan muka selamba, Haiman melangkah masuk ke dalam dewan ala 70-an tu. Encik Mahmod dah mengeluarkan segala barang yang diangkut dari rumah untuk dibawa ke dorm Haiman.

Hebat weh sekolah ni, sangat. Haiman cebik dalam hati.

"Eh awak, sana sikit. Saya nak daftar."
Haiman pandang sekilas budak perempuan yang menegur dengan loghat utara tu. Eh apahal? Aku dah berejam kat sini. Ingat kau sorang je nak daftar? Anak mata Haiman dah mencerun.

"Lambat beratur lah balik."

"Eh, berani betul dia lawan aku. Kau tak kenal ke aku siapa? Ayah aku Dato' Faris, Menteri Besar Pulau Pinang tau tak?!" Masih tak mahu mengalah.

"Beratur. Balik." Sepatah sepatah keluar dari mulutnya. Tegas. Mata Haiman hantar isyarat nak bagi penumbuk sebijik. Dah lah panas ni, eh sedapnya kau nak cutline. 

Dan budak it mengundur mencebik. 

Do not show off with what is not yours. You'll get laughed at.

No comments:

Post a Comment