Thursday, July 3, 2014

Apologies

Dan ini memang dah masuk berhabuk tahap tera giga mega dah blog ni.

Well, college life just won't let me go from hecticness -is that a word?- hahaha lawak dengan cermin .___.

Sini buka puasa, lahai jauhnyaaa lah beza dengan kat rumah. Kalau rumah awal je masuk maghrib. Sini macam lambat yang amat. Takpe lah. Kira satu ujian.

Oh I should be istiqamah kalau nak spread the ilm yeah. Tapi mohon maaf beribu jutajuta ampun kerana tak mampu istiqamah. Dayre lagi berhabuk tahap tak ingat ah nak update. Haih.

Whatever it is, may Allah guide us all the way. Heh. Apa lah yang aku nak cakap sebenarnya ni.

Anyways, salam Ramadhannnn.

Sunday, May 18, 2014

#3

Terasa penat 2 minggu orientasi. Dan selama 2 minggu itu lah dia dah lari dari semua group presentations. Dari yang kena present pasal logo group sampailah ke group choir. Semua dia belasah diri belakang sekali, tak pun lari je pergi selit group lain.

"Haiman, kau nyanyi part mana tadi?"

"None."

"Dah tu, kau buat apa?"

"Aku pergi baca The War kat group Arsalan. Oh, aku tak kacau orang and cikgu tak kira ahli group."

Ketawa pecah di dorm c5 itu.

Dan sesungguhnya, waktu paling dia rasa nak hilangkan diri adalah waktu seniors form 4 dorm c10 panggil nak suruh ambik food kat dining hall.

Penduduk dorm dah diatur dari awal. Satu dorm, satu form. Dan memang enjoy sakan lah juniors tak duduk satu dorm dengan seniors.

Atau mungkin tak.

"Juniors sorang c5!!!!!" Laungan yang memang sah datang dari dorm c10.

If you want to save yourself, try not to donate problems to others.



Wednesday, May 14, 2014

#2

Walaweh. Apa ni?! Indah khabar dari rupa. Punya lah bayang sekolah ni ada flyover bagai. Cettt. Rasa macam dah masuk zaman penjajahan Perancis ada lah.

Kereta semua dah bersusun memarkir di segenap tempat yang wujud di bumi Tun Teja tu. Jam dah tunjuk pukul 12 tepat. Dengan muka selamba, Haiman melangkah masuk ke dalam dewan ala 70-an tu. Encik Mahmod dah mengeluarkan segala barang yang diangkut dari rumah untuk dibawa ke dorm Haiman.

Hebat weh sekolah ni, sangat. Haiman cebik dalam hati.

"Eh awak, sana sikit. Saya nak daftar."
Haiman pandang sekilas budak perempuan yang menegur dengan loghat utara tu. Eh apahal? Aku dah berejam kat sini. Ingat kau sorang je nak daftar? Anak mata Haiman dah mencerun.

"Lambat beratur lah balik."

"Eh, berani betul dia lawan aku. Kau tak kenal ke aku siapa? Ayah aku Dato' Faris, Menteri Besar Pulau Pinang tau tak?!" Masih tak mahu mengalah.

"Beratur. Balik." Sepatah sepatah keluar dari mulutnya. Tegas. Mata Haiman hantar isyarat nak bagi penumbuk sebijik. Dah lah panas ni, eh sedapnya kau nak cutline. 

Dan budak it mengundur mencebik. 

Do not show off with what is not yours. You'll get laughed at.

#1

"Weh, dah check dah kau dapat mana?"

"Belum. Asal?"

"Aku, abang aku dah checkkan. Aku dapat MRSM Beseri. Aku dah checkkan kau."

"Oh, aku dapat mana?"

"Kau dapat Kolej Tun Teja. Weh, sekolah tu gempak kau tau."

"Ahaha. Sekolah apa tu?"

Dan sahabatnya itu hampir nak terlanggar tiang elektrik di hadapan. Ah sudah. Apa je kau tau? 
Petang yang hambar itu dipenuhi gelak tawa. Meski itu mungkin gelak tawa zaman kanak-kanak terakhir mereka berdua.


Act dumb, you'll learn more.

Thursday, April 24, 2014

Berubah dan mengubah

Kamera digerak mengambil sudut terbaik.

Adik boungsunya yang berumur 2 tahun 10 bulan itu sedang mengalun zikir mengikut butir kata yang keluar dari Ustaz Abdullah Fahmi di kaca TV.

"La ilaa ha illa anta subbhanaka inni kuntu minazzolimin."
Berulang kali anak kecil itu berbunyi. Walau di tangan phone ditekan-tekan.
Entah apa lah yag ditekannya.

Selang beberapa minit, adiknya yang berumur 5 tahun pula datang ke ruang itu.

"Ehh abang ambik video adik eh?"

Angguk. Dia tarik senyum segaris.

"Aqis nak jugakkk." Dan ketika itu jugalah Balqis meompat duduk di atas sofa di sebelah adiknya sambil mengalun zikir.

"Aqis, Aqis suka eh abang ambik video Aqis zikir?"

"Suka! Nanti abang bagi Aqis tengok. Aqis suka tengok."

"Aqis tau tak? Hari-hari Aqis zikir, ada camera besar record Aqis zikir."

"Yeke? Siapa record? Bila Aqis dapat tengok?"

"Allah yang record. Dia kan sayang Aqis. Nanti one day, Aqis dapat tengok kat screen besar."

"Yeayy. Aqis nak zikir hari-hari lah macam ni. Nanti Aqis dapat tengok banyakk."

Senyum.

**************************************************************************

Buat kebaikan bukan dengan paksaan.
Mengajak bukan dengan keterlaluan.
Tetapi dengan kesantunan dan kebijaksanaan.

Kalau adik-adik taknak solat, tolak tepi zikir, bukan ugutan jadi pegangan.
Sebab takde siapa suka dipaksa.
Baik tua, baik muda hatta budak kecik sekalipun.

Kita kena berhemah dan berhemat.
Pakai concept give and take.
Dia tak suka cara tu, so jangan buat.

Try cari another way.
An alternative.
Be innovative.
Yang perhaps much safer.
And much cool maybe. Yeah.

And kalau we are older than them, gain their respect first.
And if we're much younger, respect them first and be very nice to them.

Bukan dengan terus tanya "Eh, auntie. Tak solat ke?"

And pakai jugak concept ni.
Never assume. Ask.

Especially within family.
Sebab no one is able to know our family better than ourselves.
Dan kalaupun strangers kadang-kadang can be better than families, itu actually salah sediri jugak.
Kita kena try satukan family tu, baru united.
Baru boleh saling menegur.

Yang buruk takkan change to good without any effort from somebody.
Dan stain will stay as a stain if we do not wash them out.

Because life is much like a camera.


Capture and snap.

Berubah dan mengubah.
Follow the steps.
Ia lebih mudah.
Walau kadang-kadang dengan mengubah, kita juga boleh sama berubah.


Thursday, April 17, 2014

Journey

whole new journey ahead 

Kadang-kadang, down yang teramat bila kita hope for something but it's no what you're getting.

Harap nak jadi doc, tapi sekali offer yang terbuka hanya engin.
Harap nak jadi no 1, sekali dapat no 80.
Harap nak stay overseas, sekali kena duduk Malaysia.

It was a hectic day *okay start telling apa jadi in the reality.
Interview for scholarship.
Scholarship yang offer engin.
Before pergi, cuak menyelubungi. Serious tak tipu.
Tapi dalam kereta, fikir that this is only for an experience.
Rasa boleh tunggu for others yang offer medics kot.
So, chill lah.

Cuba try test je apaa.
Wahaha, mengamuk cikgu BM.

So, it went very well. The interview sessions were all great
*ahaha ini membangga diri ke apa T^T.

Then again, dalam kereta.
Itu interview for engins.
Bukan medics.
Alhamdulillah that He helped.
He made everything very easier for me.
Semua berjalan dengan super lancar.
Dan agak pasti semua kawan yang involved for the same interview pun okay je.
Tak susah.
Rasanyalah. Err. Entah.
Maybe sebab itu bukan interview format yang betul?
Atau maybe sebab itu interview campur semua jenis orang?
Maybe sebab dia campur orang dari semua jenis sekolah?

Atau Allah nak make everything easier for me to be an engineer?

Wallahualam.

If it's meant to be, it'll be.
If it's meant to be, it'll find its way.

Kata-kata yang terngiang dalam kepala.
Kata-kata sahabat.
Okay, baru sentap T^T.

Yang utama, manusia kena ikut apa Allah kata.
Sebab Allah yang cipta kita.
So He knows best.
His plans are better than our dreams yeah.
So we fight for everything and leave everything to Him.

Usaha.
Berdoa.
Tawakkal.

Apa yang terbaik untuk kita, Dia lebih tahu.
So why must takut kan?
Semua benda yang nak jadi in future dah tertulis.
Dah tersurat.
Kita cuma perlu menjadi lebih baik.

Padahal menjadi lebih baik tu lah yang susah.
It takes hell to change, in the manner of speaking.

Hmm, tapi bukan hasil yang dinilai.
Tapi the journey to it yang diambil kira.

Kalau jadi engineer lebih baik, jadi je lah.
Kalau jadi doc itu baik, alhamdulillah.

Sebab right in front of us is a whole new journey.
Yang kita tak tau mana lagi persimpangannya.
Atau apa yang ada di sepanjang perjalanannya.

Mungkin batu besar.
Mungkin lubang.
Mungkin lumpur.

Tapi ia menuju suatu destinasi.

Salam alaik.


Saturday, April 12, 2014

Ukhuwah hingga syurga

credits to tumblr 

"Kalau kau masuk syurga, kan Shae, lepastu kau tak jumpa aku, kau cari aku kat neraka tau."

"Apa kau tiba-tiba ni?"

"Betul lah aku cakap ni. Then kau tarik aku keluar tau, weh. Kita masuk syurga sama-sama."

"Haaa, yelah. Aku tarik kau kuat-kuat sampai terus syurga. Tapi kalau kau masuk dulu, then kau tak jumpa aku, kau cari aku jugak tau."

"Confirm aku cari. No worries."

"Lepas tu, kita jadi jiran kat syurga. Sooo meowww."

"Wahaha. Kita buat satu perkampungan ahh. Ada family sekali kannnn."

"Ada kawan-kawan lain jugakkkkk."

"It's gonna be a very big perkampungan, i guess. Eheh."

"The more, the merrier derr."

Wahahaha. Ada gaya dua-dua masuk syurga je T^T.
Tapi, serious. 
A good brother wants to have what he wants together with his brother.

Sebab tu atas dunia, cari lah seberapa ramai kawan wa sahabat.
Binalah ukhuwah.
Dan berbuat baiklah kepada mereka.
Moga mereka membantu kamu di syurga nanti.
Under Allah's will

Lagipun, tiada yang lagi sweet dari ukhuwah yang sweet.
Madu pun jadi tau.
Layan je.
Zassttt.
Ahahaha.
Okay ni mengarut..

Hak cipta terpelihara.
Ini peribadi. Ngee.

Friday, April 11, 2014

Homosapien

Sedih haih sebab takde scholar.

Sedih lagi peh peh dapat scholar, tapi apa version baru yang terbaharu niii ?! T^T
Ingat kami lab rat ke? O.o

Sangat tidak bersyukur makhluk bernama manusia atas dunia ni.

Manusia.
Insan.
Homosapien.
Tengkorakk. Eh eh errr..

Insan. Hmm memang patut pun kita ni diberi nama insan.
Sebab apa?
Sebab kita pelupa.

Lupa rezeki Allah yang bagi.
Lupa Allah dah atur segalanya and we just have to follow the path.
Lupa yang setiap dugaan itu diberi with Him realising that we are capable of facing them.
Lupa yang kita ni makhluk selemah-lemah makhluk.
Lupa yang kita ni hamba.
Lupa yang kita ni banyak dosa tapi still mintak macam-macam from Him.
LUPA BERSYUKUR.

no pain, no gain.

Hidup atas dunia mana ada yang senang mehh. Semua susah. Semua kena effort. Hatta nak makan pun kena effort ambik makanan dan menggerakkan tangan. Tidur yang sodappp tu pun need us untuk tutup mata. Apa je yang tak kena effort atas dunia nii.

Maka bersyukur.
Bukan mengeluh.

The more the pain we've got ourselves into, the more His Love is for us.
Ujian mendekatkan, bukan menjauhkan.

It is love.
It's not hate.

Then be patient and Allah will surely guide you to the right path.
He listens.
He never go away.
He'll never let us go astray as long as we are on His road.

So, dapat scholar, sila bersyukur.
Bukan mengeluh.
Sila berusaha.
Bukan mengata.

Salam alaik.

Thursday, March 13, 2014

THE FINAL DAY #copypaste :')

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Kredit : Pengukir Kata
Moga bermanfaat. Moga menjadi iktibar. Moga kita sedar. May we be the TRUE MUKMININ wa MUKMINAT and may HE bless us all, in shaa ALLAH. Amin.